Tuesday, August 18, 2009

THE SPIRITS OF THE GOLDEN DRAGON

TUMBUAKAR : SPIRITS OF THE GOLDEN DRAGON

Once upon a time.....


suasana di pinggir sungai itu sangat bingit. Di sepanjang tebing itu dipenuhi manusia-manusia yang terkesima dengan suatu pemandangan yang amat menakjubkan. Di tebing sebelah sana juga seperti itu. Namun tidak ada yang berani berdiri mahupun mendekati gigi air sungai itu. Yang kelihatan hanya ada seorang lelaki pertengahan umur yang amat berani. Dia berdiri sambil mendepangkan tangannya seluas-luas yang mampu. Tapak tangannya menghadap ke langit, manakala mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu.
Beberapa saat kemudian, di dalam ketenangan air sungai yang mengalir. Dari dasar sungai di depan lelaki itu tadi, air mula berbuih dan beriak kecil, seperti air yang sedang mendidih. Agak lama selepas itu, air mula berkocak hebat, daripada satu pusat, hinggalah memanjang sehingga lebih kurang 2 batu, ditengah-tengah sungai itu.
Selang beberapa minit kemudian, sesuatu yang tidak pernah dilihat manusia, muncul dari dasar sungai. Bermula dari kepalanya yang mempunyai mata seperti mata ular, hidungnya, mulutnya, sisiknya sangat mengerunkan. Semua penonton yang berada dikedua-dua tebing tersebut ikut mendongak ke langit, melihat haiwan sebesar dan sepanjang itu. Badannya sahaja sebesar 10 pemeluk manusia dewasa. Warnanya hijau di dada dan kekuning-kuningan di belakangnya.
Sungai sebesar 15 rantai itu, sunyi senyap. Hening-sehening-heningnya. Ada juga yang pengsan, yang menangis. Malah kanak-kanak yang terkencing di seluar juga ada. Pertunjukkan yang berlangsung lebih kurang suku jam itu berakhir apabila haiwan itu menjunam semula ke dalam dasar sungai itu. Ombak yang mengikut alunan kelajuan haiwan itu menyusur membawa bunyi seperti kocak air diredah bot laju. Haiwan itu menyusur ke arah hulu sungai lalu hilang ke dalam kabut air sungai.* * *
"itulah antara cerita yang aku dengar dari datuk nenek aku"
"dah tu? kau nak buat kajian? betul tidak wujud binatang tu?"
"Ntahlah... katanya binatang tu pernah berlawan dengan naga laut cina selatan. dan tulangnya masih berbekas di tepi muara sungai kampungku"
"Agak menarik juga kisah tu, tu pun kalau bukan mitos semata-mata..."