Thursday, July 16, 2009

Karma Tulah Wira Asmara
(Bhgn seterusnya)

“aku berada di mana ni?” Aku duduk perlahan-lahan dari pembaringanku. Aku tengok kanan kiri atas bawah. Macam kenal je tempat ni. Macam seperti di dalam bilik ku. Tiba-tiba… Jeng.jeng.jeng. Terpacul keluar kepala ibuku dari pintu bilik yang telah di kuak. “are u allright?” mak aku yang berkerja sebagai suri rumah sepenuh masa itu bertanya. “ok..ok..ok”. Lalu aku sambung tidur. Entah berapa lama. * * *

Malam itu aku bersama keluargaku makan semeja bersama. Bapa tengah tengok TV.Berita. Meja kami pun depan TV juga. Malam itu ada bapa, ibu, abang Adam, kak Mizah, aku ada juga (kena sebut la), adik Jo dan Jah (Kembar diorang ni) dan adik Luqman al Hakim.
Setelah mak dan kak Mizah menghidangkan makanan, dan selepas abang Adam membaca doa. Kami pun makanlah. Takkan nak tengok je.

“Maradon…” ayah ku memanggil nama timangan ku dirumah (kerana dia minat sangat dekat Maradona. Aku berpaling. Melihat wajah bapaku itu yang hensem sehingga ibuku boleh terpikat itu. “Apa yang jadi siang tadi tu, jangan ulang lagi..” Ayah ku berkata tanpa memalingkan mukanya pun pada ku. Penuh makna tu, tapi mungkin aku kurang paham. Sebab aku lupa. Sebab ada Ayam masak merah yang aku belum sentuh pun di atas meja. Favourite. “ Siang tadi?..” Aku mula memikir. Siang tadi kenapa?. Siang tadi aku pegi sekolah tadika. Tengahari balik Tidur. Petang tengok Gavan dekat rumah sebelah sebab rumah aku ada TV hitam putih je. Sebelum maghrib dah ada kat rumah. Kenapa? “Apa yang jadi pak?.. Gavan dah kalahkan gorgom.. lain kali Maradon tak pegi tengok TV dirumah sebelah dah” Kataku. Mungkin sebab petang tadi aku tak de kat rumah agaknya. Mak senyum geram.

“Maradon.. bapak bukan cerita pasal space sherrif gavan bersama naganya. Bapa cakap pasal masa di tadika tadi.. Kau buat apa? Kau buat apa dengan ular tu? Kenapa kau pegi dekat dengan ular tu. So dangerous u know?” Masa di tadika ya. Oooo…. Baru aku ingat semula. “Kalaulah ular tu telan kau Maradon..Macam mana dengan ayahmu ini?” ????. (Tapi ini cerita benar. Bukan tipu. Bapak aku kata gitu.) “Anak ku sazali dengarlah…” Menyanyi pulak orang tua ni. “Nasib baiklah…” Ayahku terhenti disitu bila dengar mak cakap…“abang…”dengan penuh makna. “Mak..” aku nak bertanya pula. “… Apa yang jadi lepas tu..? kenapa Maradon boleh tak ingat apa yang jadi lepas Maradon pegang ular tu? ..Mak?” Aku bertanya ibuku kerana beliau yang mengambil aku dari tadika tengahari tadi, seperti biasa. Semua diam. Hanya suara pemberita TV1 je kedengaran. Semua diam. Aneh ajaib. Biasanya adik beradik ku mesti bising waktu makan malam, tapi tidak pada malam itu. Ntah. Kami pun menghabiskan makan malam dengan iringan suara pemberita TV itu.

Apa yang terjadi ye.? . Keesokkan harinya. Aku pergi ke tadika seperti biasa. Semuanya bermula seperti biasa. Sehinggalah aku menjejakkan kaki ku di pintu pagar tadika. Semua murid tadika ku, bersorak. “Mara…mara…mara”. Apekebendenye ni. Pada hari itu baru aku tahu kisah yang sebenarnya. Apa yang terjadi semasa aku memegang ular itu sehinggakan aku terpengsan pada hari sebelumnya. Ceritanya lebih kurang begini…(diceritakan semula oleh Epul, Suzan, Soid, Laili montel dan Aiman benggali, yang berada di tempat kejadian dan menyaksikan sendiri peristiwa itu.manalah diorang sekarang?)

Epul : Wah..Heroo.. beranilah kau Mara rumpang.. sekarang boleh tukar nama kau, jadi Mara ular…hahahahaaaaa…
Suzan : Berani betul la kau ni. Kalau aku lah.
Aku : kenapa? Aku tak ingatlah ? apa yang jadi lepas tu? Masa aku pegang ular tu?...
Soid : (bersama aksennya) kau pegang ular tu.. begini.
Aiman : Bukan begitulah.. Begini. Kakinya begini.. tangannya begini.
Soid : yalah..yalah.. sama saja tu.

Bersambunglah pulak…

Wira Asmara….

Khabarnya…. Apabila sang ular memandang tepat ke matanya. Suatu pancaran yang aneh dari kedua-dua biji matanya telah melibas badan sang ular sehingga menjadi dua bahagian. Manakala tangannya yang memegang badan ular itu mempunyai kuasa sehingga membakar kawasan pegangannya. Setelah itu maka, tanpa disedarinya… dengan hanya mengikuti nalurinya dia mencampakkan si bisa ke udara, lalu tapak tangannya diangkat. Sepertinya ada suatu kuasa yang terpendam dari telapak tangannya yang menghancurlumatkan si bisa itu menjadi abu. Amaran bahaya dari nalurinya. Sejurus itu, maka sang wira terjelepuk rebah ke muka bumi. Tiada sedarkan diri lagi. Tapi nafasnya berdegup sekencang kuda yang sedang berlumba. * * * *

Iya. Yang itu cerita pertama aku dizaman tadika. Bukan satu penipuan tapi suatu kejutan kebenaran. Namun seperti biasa, aku tidak pernah nak ambil tahu sangat tentang peristiwa itu. Al maklumlah bukan penting sangat pun bagi aku.

Peristiwa kedua yang menguji rahasia sesuatu tenaga yang berada dalam badan ku ini ialah ketika aku berada di tingkatan tiga. Dah akil baligh dah. 3 bulan sebelum PMR, pihak sekolah telah mengadakan satu kem motivasi selama empat hari 3 malam. Bermula petang Jumaat sehinngga petang isnin. Kem motivasi ini digabungkan dengan pelajar tingkatan lima. Secara ringkas program tersebut ialah seperti berikut (manalah tau kamu nak buat juga sebagai kem bina semangat, memang bersemangat sungguh la): Petang jumaat lepas sembahyang jumaat- pelajar melapor diri, diberi tempat tidur (dalam kelas-kelas je). Jumaat malam- sesi penerangan program dan pembahagian kumpulan dan tajuk persembahan pada malam akhir nanti. Lepas tu perbincangan sesama kumpulan.

Pagi sabtu- sembahyang subuh, kemudian senaman aerobik campur senam silat malaysia, sarapan lepas senaman. Jam 9- mula bengkel pengurusan masa dan jadual. Tengahari- makan dan solat. Petang jam 2- bengkel fizikal kenal diri dan rakan(berkumpulan). Lepas solat Asar- pertandingan sukaneka antara kumpulan. Makan dan Maghrib dan Isya (antara maghrib dan isya ada pengisian kerohanian). Lepas Isya, program menyentuh naluri (lampu dewan ditutup, pasang radio, cerita tentang anak derhaka dan balasannya, siap lagu sedih lagi-aku ingat lagu tu ‘di pondok kecil’. Lepas tu tidur la pada jam 11 malam.

Pada jam 3 pagi hari berikutnya – operasi burung hantu, bawa ke hutan di tepi sekolah, suruh lukis dalam bulan terang, jaraknya 10 meter antara pelajar. Dalam 2 jam balik ke kem, cari pula pelajar yang hilang, siapa?. Lepas tu, subuh la… macam semalam juga, sarapan, senaman, kemudian bengkel belajar cara belajar dan mengingat. Petang bengkel lagi, tajuk apa aku pun tak ingat. Malamnya bengkel lagi secara berkumpulan. Lepas tu latihan untuk persembahan pada malam esok. Lepas tu tidur, jam 12 je.

Pagi seterunya, Subuh, senaman, dan sarapan. Awal pagi tu ada sesi penerangan. Hari ahad, jadinya buat merentas halangan semangat berkumpulan. Ada 12 check point. Macam-macam tugasan perlu dibereskan. Nanti aku cerita. Cerita aku tu masa nilah. Masa merentas halangan ni. Ada kumpulan yang habis pada waktu zuhur. Petang tu latihan persembahan berkumpulan untuk malamnya. Macam-macam tajuk dan jenis persembahan la juga. Malam- persembahan berkumpulan, siap ada juri macam AF lagi tu.

Pagi Isnin (Ngam-ngam cuti sekolah, rasanya cuti hari merdeka kot, ke cuti pertengahan tahun), lepas subuh senaman sarapan, ada sesi refleksi. Lepas tu, penyampaian hadiah pasukan yang menang mengikut kategori. Lepas makan tengahari kami pun balik rumah…memang penat. Tapi…seminggu lepas tu, memang keluar semangat keberanian sehinggakan otai sekolah kami pergi bertumbuk dengan budak-budak sekolah yang berdekatan. Aku pun ikut juga kerana semangat berpasukan. Memang rasa bodoh masa tu. Sekarang rasa, masa tu tak terfikir pun.

Nak dijadikan cerita... Semasa aktiviti merentas halangan berkumpulan itulah, sesuatu yang aku pun tak pernah terfikir telah berlaku. Saksinya ialah ahli kumpulan ku sendiri...
apa ceritanya sebenarnya? tunggu bahagian seterusnya....