Wednesday, October 21, 2009

Masalah Hospital dan Rumah Sakit Malaysia

KISAH KASIH HOSPITAL MALAYSIA – DILLEMA ANAK MELAYU ISLAM

Induksi
Hospital…atau Rumah Sakit. Dalam sejarah perubatan awam mungkin orang awam yang biasa tidak berapa kisah sangat dengan cerita-cerita tentang hospital atau kata lamanya Rumah Sakit. Tapi aku cuba menceritakan semula apa yang telah Rahmani ceritakan tentang kisah mereka di hospital. Begitu juga dengan Awang Sari yang merupakan suami kepada teman wanitaku itu. Bukan untuk memalukan sesiapa, tapi sekadar berkongsi kisah tentang suatu tempat rumah untuk orang-orang yang sakit.

Prolog
Suatu masa dahulu, pada tahun 1993 lebih kurang. Salah seorang daripada makcik sepupuku sebelah bapa telah melahirkan anak sulungnya. Maka makcik-makcik aku yang benar telah membuat lawatan muhibbah ke rumahnya. Sekembalinya mereka daripada rumahnya yang terletak di Daerah Sipitang, maka mereka mula bercerita tentang hasil lawatan mereka itu. Diceritakan bahawa makcik sepupuku yang bernama Lela itu telah melahirkan seorang bayi comel perempuan. Bersalin normal, bak kata ibu-ibu sekarang anak keluar ikut pintu. Malangnya makcikku itu yang ku panggil ’babu Lela’ tidak mampu mengeluarkan susu badan, walaupun dia seorang wanita yang mempunyai buah didadanya. Cerita serius ni. Bila aku mendengar cerita ini pada waktu itu, dalam hatiku ini berkata bahawa babu Lela mungkin ada penyakit yang membantutkan pengeluaran air susunya itu. Ingin saja aku bertanya mengapa, tapi itu urusan orang dewasa, sementelahan usiaku baru mencicah 11 tahun waktu itu. Kadang-kadang aku tak ingin percaya kerana mak aku boleh saja menyusukan kami lima beradik dengan susu badan.

Diceritakan juga bahawa, oleh kerana setelah seharian duduk di Rumah Sakit Sipitang, maka babu Lela cuba juga untuk memberikan putingnya yang tak berair itu kepada bayinya itu, dengan harapan susu itu akan keluar jika diasuh. Mungkin. Tapi tidak juga terkeluar. Bayi itu hampir menjadi kekuning-kuningan. Oleh kerana babu Lela putus akal, dan kerana niatnya bahawa dia tidak sekali-kali akan memberikan anaknya itu susu lembu pada peringkat permulaan postnatal, maka dia menyuruh suaminya membelikannya pisau cukur gillete. Si suami kehairanan, tetapi membelikan juga apa yang dipintanya. Mungkin untuk menyunatkan bayi itu.

Setelah si suami membelikannya pisau tersebut, dan setelah si suami pergi bekerja, pada hari kedua kelahiran, maka babu Lela telah membelah puting payudaranya yang sebelah kanan. Dia menahan kesakitan itu. Berkata dalam hatinya – daripada anak kelaparan, lebih baik aku berikan darah ku kepadanya. Maka disumbatkan juga bayi itu ke putingnya yang terbelah itu. Menghisaplah bayi itu. Dan si Ibu itu tadi menahan sakit sambil menangis. Sakit yang menular hingga ke urat-urat rambut dan meremangkan bulu roma ditengkuknya.. Babu Lela mampu bertahan hanya selama dua hari. Kerana hari seterusnya suaminya serta ibu mertuanya melihat babu Lela sangat pucat mukanya. Sangka si suami bahawa isterinya itu mendapat jangkitan kuman di kemaluannya semasa melahirkan anak sulungnya itu agaknya. Babu lela tidak dapat bertahan lagi, lalu pengsan.

Maka dia pun dimasukkan ke hospital semula dalam masa kurang daripada seminggu. Di hospital, setelah doktor mengecek Babu Lela, maka dia pun di masukkan air. Paham ceritaku kan? Kita orang Malaysia mesti paham. Setelah Babu Lela beransur pulih, maka dia pun menceritakan semuanya kepada suaminya, ibu mertuanya, misi dan doktor di wad tempat dia ditahan. Si suami yang penyayang itu tidak tertahan lalu.. menjejeh air matanya berlinangan. Mulai hari itu, bayi itu disusukan dengan susu formula. Ajaibnya, Babu Lela dapat menyusukan pula anaknya itu dengan susu badannya sendiri pada hari kesepuluh selepas kelahiran. Aku yang mendengar cerita itu pun tak berapa ambil kisah. Zaman itu belum berkuatkuasa polisi penyusuan susu ibu. Pam payudara tak jual di kedai lagi. Ubat memperbanyakkan susu ibu pun tak berapa famous lagi, mahal pula tu. Itu dulu, aku pun tak berapa ambil peduli.

Oktober 2009
Bulan Oktober ialah bulan kelahiran Awang Sari. Dia berharap-harap sangat bahawa anak sulungnya itu akan lahir pada 4 Oktober sama sepertinya walaupun dalam kiraan isterinya bahawa due bayi sulungnya itu adalah pada 5 Oktober. Tetapi sehingga 7 Oktober, isterinya tidak bersalin-salin lagi. Rahmani, isterinya, sangat cergas orangnya, masih mampu menyiapkan kerja rumah dan kerja sekolahnya selaku pembantu makmal dengan sempurna. Pada hari kelapan bulan oktober, maka Rahmani telah keluar tanda hendak bersalin. Maka meringkuklah dia dalam wad menunggu untuk bersalin kerana setelah di cek oleh misi, jalan keluar bayi telah terbuka sebesar 1 cm.

Bermula pada petang itu, kira-kira jam 2.00 petang, Rahmani telah merasa kontreksyen dirahimnya sekali tiap sepuluh minit. Maka debaran pun bermula. Si suami yang bekerja sebagai kerani sekolah N19 itu pun memohon untuk balik awal untuk menemani isterinya. Malang mungkin baginya, dia hanya boleh menemankan isterinya pada waktu melawat sahaja iaitu dari jam 12.30 petang hingga 2.30 petang dan dari jam 4.30 petang hingga 7.30 petang. Tapi oleh kerana akalnya, selain dari waktu melawat yang dibenarkan, dia masuk juga dengan alasan untuk menghantar barang itu dan ini. He he he...

Malamnya, setelah kembali dari rumahnya yang terletak lebih kurang 8 kilometer, Awang Sari setia menunggu isterinya walaupun hanya dapat melepak di pondok menunggu di hadapan wad itu. Pihak hospital tidak membenarkan suami menemankan isteri, rasanya oleh kerana beberapa sebab kot. Mungkin kerana dalam wad itu semua perempuan nak bersalin dan dah bersalin maka aurat kurang dijaga..bernas. Mungkin juga kerana kes-kes bayi dicuri dari dalam wad (suami curi bayi dari isteri kot)..ada logiknya. Mungkin juga kerana ingin mencegah penularan wabak H1N1 dalam wad..tidak salah juga.

Si suami sanggup juga menunggu dan tidur di pondok yang terletak kira-kira lima langkah dari wad pre & post natal itu semalaman. Dah la sorang-sorang, bernyamuk, dekat hutan lagi tu. Mujur tempat itu terang dan tidak jauh juga dengan bahagian kecemasan. Meriah juga sedikit dekat bahagian kecemasan. Kurang sikit perasaan takut.

Rahmani akan di cek ruang untuk bayi keluar setiap 4 jam kata misi. Si suami pun faham. Setelah 24 jam berada dalam wad itu, Jalan bayi keluar baru terbuka 2 cm dan kontraksyen pula berlaku selang 3 kali dalam sepuluh minit. Mungkin perkara biasa kata suami isteri itu. Hari itu adalah hari kedua. Malam hari kedua itu kontraksyen berlaku kepada Rahmani 3 kali dalam lima minit. Dan pada malam itu diperiksa laluannya baru terbuka sebanyak 4 cm. Maka Rahmani sangka ke angka 5 cm akan datang dalam masa terdekat, mungkin akan melahirkan pada waktu subuh. Dan dia pun meminum air selusuh yang dibekalkan. Si suami , seperti juga pada malam sebelumnya, setia menunggu di pondok itu, dan kadang-kadang melawat di balik jendela isterinya itu.

Semalaman Rahmani menanggung kontraksyen yang berlaku 3 kali dalam masa lima minit itu. Sudah 2 malam tak dapat tidur lena. Tanggapnya mungkin kesakitan untuk anak sulung lebih sedikit. Bertahan dan bersabar atas ujian tuhan ini. Misi akan membantu seadanya. Pada pagi hari ketiga itu, Rahmani sudah tidak dapat lagi menanggung kesengsaraan itu. Pada jam 6.30 pagi ruang jalan bayi masih terbuka hanya sebanyak 4 cm. 3 hari baru 4 cm. Ini sudah menjadi pelik. Oleh kerana kesakitan yang terlampau sangat maka Rahmani di cek buat kesekian kalinya pada jam 8.00 pagi dan ruang yang terbuka menuju ke angka 5 cm.

Misi menyalahkan Rahmani kerana minum air selusuh awal sangat dan menyebabkan kesakitan yang dialaminya bertambah hebat sedangkan ruang laluan belum terbuka. Pada pagi itu juga misi terpaksa memaksa Rahmani yang kesakitan itu makan untuk membolehkannya lebih bertenaga apabila meneran nanti. Setelah makan yang tak berapa selera itu, Rahmani meminta agar suaminya merundingkan dengan doktor dan misi agar dia di bawa ke hospital Temerloh untuk dioperasyen perutnya. Dia sanggup menaggung risiko daripada menahan kontraksyen selama 3 hari itu. Wajahnya sudah mulai pucat dan tenaga untuknya meneran juga sudah tidak dapat dikawal lagi. Hanya tuhan dan mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu.

Awang Sari pun datang ke kaunter misi di wad itu. Doktor juga ada pada waktu itu. Awang Sari menyuarakan hajatnya agar pihak hospital membawa isterinya itu ke Hospital Temerloh pada waktu itu untuk dibedah sahaja. Misi dan doktor yang ada disana menjelaskan bahawa Awang sari boleh membawa isterinya keluar hospital Bandar Jengka dengan risiko yang ditanggung sendiri, bukan hospital. Own request. Setelah mendapatkan jawapan itu, si suami kembali di balik tingkap berbincang dengan isterinya yang dah tak larat nak fikir itu, menelefon ibunya serta kakak iparnya serta membuat rumusan, agar mereka tunggu dalam masa 2 jam lagi.

Pada jam 11 pagi, Rahmani telah di cek sekali lagi. Ruang dah terbuka 5 cm. Dahlah sakit kontraksyen. Ruang laluan pun dah diseluk entah berapa belas kali, untuk menyukat laluan bayi. Mujur dah 5 cm, maka tidak perlu ke Temerloh. Rahmani dipindahkan ke dalam bilik bersalin atau labour room. Menunggu turutan bukaan laluan bayi. Kata orang, misi dan doktor, bukaan 5 cm akan berturut-turut hingga 10 cm dalam masa sejam atau dua.

Pada jam 11.45 pagi, misi memanggil Awang Sari dan menerangkan bahawa Rahmani harus pula dibawa ke Hospital Temerloh kerana ”jantung bayi ada masalah sikit, tak cantik rentaknya”.. Mujur ke Temerloh juga akhirnya. Kali ini ’Risiko atas Hospital Bandar Jengka’ Maka Rahmani pun naik ambulan. Mereka pergi dulu. Suaminya bawa kereta dan barang-barang lain. Si suami terlambat sedikit mengekor ambulan itu kerana si suami parking kereta di tempat yang sepatutnya. Terima kasih Hospital Jengka. Semasa dalam perjalanan itu, Awang Sari tak tentu rasa. Nak gembira. Nak risau. Matikah bini aku nanti. Anak aku macam mana. Maka dia pun menyalakan lampu kereta dan memasang lampu kecemasan dari Bandar Jengka ke Hospital Temerloh dan sampai 45 minit kemudian. Sesampainya, dia pun memarking kereta di tempat yang sesuai. Tempat parking bahagian kecemasan, bukan pusat bersalin.

Awang Sari pun bertanya tentang Isterinya di kaunter pusat bersalin Hospital Temerloh. Jawapan dari mereka ialah – isteri encik sedang diperiksa oleh doktor.
Laluan bayi kini telah terbuka sebanyak 6 cm. Dah tak lama lagi tu. Maka si suami diberikan pas dan dibenarkan masuk untuk menemankan isteri semasa proses kelahiran. Jam 12.30 petang.

Pertama kali Awang Sari masuk ke bilik bersalin Hospital Temerloh. Luas, cantik, canggih dan ramai misi dan doktor. 1 orang doktor wanita. Berpuluh misi dan misi pelatih .Wah. Awang Sari terlihat ada 2 orang doktor lelaki dalam pusat bersalin itu. Mujur bukan dalam bilik bersalin isterinya. Aku Islam dan Melayu. Doktor perempuanlah yang membantu. Ada sedikit maruah dan hatinya terganggu. Ditolaknya tanggapan itu jauh-jauh.

Di dalam bilik bersalin itu, Rahmani telah ditukarkan bajunya. Bajunya banyak butang tapi hanya dibutang satu saja. Ada kain pelapik yang menutupi dari bahagian dada ke pergelangan kakinya. Ada alat pengesan degup jantung bayi terikat pada perut Rahmani. Awang Sari menggenggam erat tangan kanan Rahmani, memberikan semangat kepada isterinya, yang keletihan itu. Di, belakang tapak tangan kiri isterinya itu telah tercocok saluran air dari botol yang tergantung itu. Kasihan. Ruang laluan bayi dah nak ke 7 cm. Sekarang jam 1.20. akan di cek lagi pada jam 4.20. selepas 4 jam. Maka setiap kali kontraksyen yang berlaku 2 kali dalam masa 1 minit kekadang ada rasa nak meneran sangat-sangat dah. Tapi ruang tak cukup luas pulak. Awang sari membantu isterinya menahan supaya jangan meneran terlalu awal. Takut effek kepada bayi. Misi pun melarangnya untuk meneran. Tetapi peneranan itu berlaku sendiri apabila kontraksyen itu berlaku. Rahmani yang dah letih sangat itu cuba juga sedaya upaya supaya tidak meneran. Tapi terteran juga beberapa kali dek tak boleh menanggung derita dan hilang fokus. Suaminya membantu mengalihkan kesakitannya dengan memandu tarikan nafas dan hembusan nafas Rahmani ketika kontraksyen berlaku.

Jam 4.20 petang akhirnya datang juga. Penantian yang sekian lama itu meletihkan Rahmani. Para pembaca terasa tak. Perasaan itu. Keletihan itu. Kesakitan itu. Maka si suami pun diarahkan menunggu di luar bilik bersalin sebentar kerana doktor hendak memeriksa laluan bayi itu. DOKTOR YANG MASUK ITU DOKTOR LELAKI. Rasa nak menangis Awang Sari. Walaupun yang lain itu misi perempuan. Tapi sebagai lelaki Melayu dan Islam, terasa tercalar sungguh maruah seorang suami. Awang Sari juga tahu, Rahmani juga tidak rela. Selain berusaha menahan kesakitan dan letih, Rahmani juga berusaha membuang perasaan malu yang teramat sangat terhadap doktor lelaki itu. Emm.
Antara darurat dan maruah. Memanglah doktor pakar itu tidak bersalah kerana dia menjalankan tanggungjawabnya. Tapi tak tergamak seorang suami itu. Rasa nak bunuh diri apabila tahu kemaluan isteriya itu dilihat oleh lelaki selain dia. Kecamuk.

Ruang laluan bayi baru terbuka mencecah 8 cm. Doktor yang memeriksa ruang laluan bayi itu mengesahkan. Setelah pemeriksaan dibuat, suami dibenarkan berada di sisi isteri semula. 4.30 petang. Pada hari yang ketiga setelah keluar tanda melahirkan bayi iaitu darah keluar dari kemaluan Rahmani. Dan dia masih berada dalam Hospital. Tekanan demi tekanan membuatkan dia keletihan. Rasanya dia perlu sedikit ketenangan. Namun apakan daya. Bilik bersalin itu bukan bilik bersalin kelas pertama. Di sana- sini terdengar suara jeritan ibu yang memproses kelahiran anaknya. Suara itu dari bilik-bilik bersebelahan. Mungkin sudah belasan ibu pada hari itu yang berjaya melahirkan anaknya. Namun dalam bilik bersalin Rahmani itu juga, berkumpul sehingga 6 atau 8 orang misi yang sedang bersembang. Terkikih-kikih ketawa. Awang Sari tak ingin menegur walaupun dia tahu isterinya perlukan sedikit ketenangan. Dia juga tahu bahawa misi pelatih itu telah diajar etika kerja yang sepatutnya semasa dikolej dulu. Dan dia juga tahu keadaan dalam pusat bersalin itu sangat tegang menyebabkan mereka perlu membuat sedikit pemecah stress. Tapi janganlah dihadapan orang yang tengah kesakitan. Terasa mereka mentertawakan pesakit pula. Beretikakah itu?.

Sejam kemudian. Jam 5.20, Rahmani diperiksa lagi. Suami tunggu luar lagi. Doktor lelaki lagi. Walaupun ada doktor wanita berkulit putih azren itu bersama dalam bilik bersalin itu. Ruang mencecah hampir 9 cm. Doktor memecahkan air ketuban dan sedikit kecalaran terkena pada kepala bayi itu. Tapi itu bukan masalah besar. Ruang laluan itu entah berapa kali diperiksa, dijolok dengan jari. Nyeri. Malu. Sakit. Tapi orang di dalamnya tidak keluar juga. Doktor minta tunggu hingga jam 6.00 petang. Sudah lebih kurang 6 jam Awang Sari berada di dalam pusat Bersalin itu. Mungkin dialah sahaja suami yang paling lama berada di pusat bersalin itu selama ini. Tidak adakah situasi seperti ini pernah berlaku. Apa sebenarnya masalah Isterinya. Awang Sari ada bertanyakan jururawat tentang keinginan isterinya untuk membuat pembedahan saja kerana dia dah tak berdaya untuk meneran lagi walaupun ruang laluan itu mungkin terbuka 10 cm nanti. Jururawat itu menjawab bahawa mengikut teori yang dipelajarinya masa selang sejam akan diambil bagi membuka ruang dari 1 hingga 6 cm, manakala cm seterusnya hanya beberapa minit atau sejam sekali hinggalah ke 10 cm. Tapi isteri Awang Sari memerlukan 24 jam dari 1 cm ke 2 cm. 4 jam untuk dari 5 cm ke 6 cm. Cuba pembaca kira jam berapa sepatutnya Rahmani melahirkan bayinya? Own Request. Own Risk. Awang Sari cuba untuk tidak mempertikaikan kerana dia tahu dia pun kakitangan kerajaan juga. Dan doktor itu juga sedang menjalakan tugasnya. Dan akhirnya jam 6.30 petang...

Masih hampir mencecah 9 cm... dan akhirnya doktor yang telah menyelak-yelak kelamuan Rahmani, mengesahkan pulak bahawa tulang serviks Rahmani tidak dapat mengembang atau terbuka seperti wanita lain. Dengan usul beliau, maka doktor yang lahir pada tahun 1984 (berdasarkan tag) itu pun mengesyorkan pembedahan ceasarian sebagai langkah akhir. Maka Rahmani dengan di temani Awang Sari itu pun terketar-ketar keletihan menandatangani surat kebenaran pembedahan. Jam 6.45 petang masuklah Rahmani ke Dewan Bedah Hospital Temerloh.

Awang Sari menggunakan laluan lain untuk ke Dewan Bedah. Hanya tunggu di luar. Dia tahu bahawa kali ini bayinya pasti keluar. Tapi ikut tingkap. Rahmani tidak akan merasai kesakitan lagi kerana badannya akan dibius separuh dari pinggang ke kaki. Doanya agar kedua-duanya selamat. Jam 8.45 malam, Rahmani keluar dengan bayinya yang berbedung di letak di celah kaki ibunya yang berselimut juga, Rahmani memberikan senyuman kelegaan kepada suaminya, Awang Sari. 2 orang misi menolak katil pembaringan Rahmani menuju ke wad ibu baru melahirkan anak. Wad Kenanga 2. Berehatlah Rahmani. Legalah Awang Sari.

Dewan Bedah
2 orang misi yang menolak katil bergerak Rahmani itu, salah seorangnya menekan lonceng untuk memanggil misi yang bertugas di dalam dewan bedah itu. Misi itu pun keluar, dan katil itu pun dibawa ke masuk ke bilik bedah yang tersedia pelbagai alatan canggih. Sambil misi dewan bedah itu memeriksa maklumat Rahmani yang mengkrekot memandang di sisi kiri itu. Setelah Rahmani dipindahkan ke katil bergerak khas milik dewan bedah itu, maka misi wad bilik bersalin pun keluar membawa katil kosong menuju ke tempatnya bertugas semula.

Di dalam bilik bedah itu hanya terdapat 3 orang tukang bedah atau apa namanya. Mungkin doktor pakar bedah. 1 orang perempuan india dan 2 orang lelaki. 2 orang lelaki inilah yang menyediakan Rahmani. Wanita itu pula sedang menyiapkan alatan pembedahan. 2 orang doktor lelaki itu telah membogelkan Rahmani sebulat-bulatnya bagi menggantikan pakaian Rahmani dengan baju dan kain bedah berwarna hijau pekat itu. Dahlah sakit, dibogelkan oleh doktor lelaki. Lelaki lain menonton seorang wanita Melayu Islam yang berbogel sebulat-bulatnya itu. Walaupun rasa sakit sangat, tapi perasaan malu yang teramat sangat itu tetap ada. Darurat? Sudah habiskah misi perempuan yang boleh menukarkan pakaian Rahmani. Detik Rahmani dalam hatinya. Rasa nak menangis, tapi air mata dah habis. Kalau tahu begini, lebih baik bersalin di Hospital swasta. Biar bergolok gadai membuat pinjaman peribadi di Bank Rakyat Bandar Pusat. Kalaulah suaminya tahu, pastinya suaminya akan melompat dari tingkat 8 hospital itu. Aaaaahhhhhh. Seksanya.

Setelah ditukarkan baju Rahmani. Dia dibius dengan satu suntikan ditulang belakang pinggangnya. Maka Rahmani pun lumpuh dari pinggang ke telapak kaki, namun dia masih sedar dan tidak terlelap walau sedikitpun. Dia sedar ada orang sedang menyeluk rahimnya itu tetapi kesakitan yang dialaminya selama 3 hari penuh itu sudah reda sedikit. Bius. Tidak lama kemudian, lebih kurang selang 15 minit setelah ari-arinya dipotong itu, maka terkeluarlah satu anak manusia yang hanya menangis sedikit itu. Bayi itu diangkat dan ditunjukkan kepada Rahmani. Rasa syukur melewati hatinya. Rasa lega menyelinap seluruh tubuhnya. Akhirnya kau lahir jua dalam kepayahan yang teramat sangat itu. Setelah itu, maka bayi itu diproses dan dibersihkan dan diselimutkan. Ibunya pula juga diproses, dijahit luka dalamnya, dilaser luka luarnya.

Setelah kemas segala proses pembedahan tersebut, Rahmani yang masih terbius separuh badan itu, Ditukarkan bajunya sekali lagi dengan baju yang lain yang berwarna meraj jambu. Ditukarkan oleh 2 orang doktor lelaki juga. Juga dibogelkan sebulat-bulatnya lagi. Persoalannya? Mungkin kudrat lelaki lebih kuat dari wanita sehingga boleh mengangkat wanita itu, tetapi tidakkah boleh menggantikannya dengan petugas wanita yang lebih ramai sedikit. Begini rupanya proses kelahiran anak secara pembedahan secara ceasarian. Setelah sudah semuanya, maka Rahmani yang diselimut penuh yang hanya nampak kepalanya sahaja itu, bersama anaknya yang telah berbedung dan diletakkan dicelah tulang keringnya itu pun disorong keluar daripada dewan bedah.

Wad Kenanga 2 (I)
Awang Sari setia menunggu Rahmani di luar dewan bedah itu, ditemani oleh bapa dan ibu mertuanya. Setelah melihat Rahmani yang terlentang tersenyum lega di atas katil itu disorong keluar, maka mereka pun bergegas membuntuti katil tolak itu menuju ke wad kenanga 2 Hospital Temerloh. Sesampai di pintu masuk wad kenanga dua, dibahagian dalam, seorang jaga menahan Awang Sari dan Ibu serta Bapa mertuanya itu. Hanya seorang saja yang dibenarkan menemui pesakit. Suaminya. Maka Awang Sari pun melepasi halangan biasa itu.

Setelah bertentang mata dengan Rahmani buat kali pertama setelah naik pangkat menjadi ibu dan bapa, Awang Sari mengucup dahi isterinya itu. Alhamdullillah. Awang Sari melihat anaknya itu. Serang bayi lelaki yang sedang tidur nyenyak selepas seharian cuba untuk keluar dari rahim ibunya. Setelah Awang Sari meletakkan barang-barang keperluan isterinya itu maka dia pun meng-azankan nak lelaki pertamanya itu. Tiba-tiba ibu dan bapa mertuanya juga menyusul. Rupanya makcik guard tak tahan melihat ibu mertua Awang Sari melelehkan air mata dekat dengan pintu masuk itu. Maka dibenarkan juga masuk buat 10 minit sahaja. Awang Sari yang menyediakan barang keperluan isterinya itu, kemudiannya dia mengalirkan air zam-zam yang telah dibelinya sejak sebulan lalu kebibir bayi itu. Setelah selesai semuanya, Awang Sari menyerahkan tugas memantau dan menjaga Rahmani kepada jururawat yang bertugas pada malam itu. Suami tidak boleh menjaga isterinya di dalam wad itu. Maka baliklah Awang Sari yang masih risau tentang isterinya itu, bersama ibu mertua dan bapa mertuanya itu ke rumah mereka yang terletak 30 km kurang lebih dari hospital itu.

Wad Kenanga 2 (II)
Bersambungan...