Wednesday, March 3, 2010

Guru Wajib Ke Luar Bandar



Kami Guru-guru amat menyokong kepada kenyataan tersebut. Sokong sangat-sangat guru dihantar ke pedalaman. Guru baru ke, lama pun boleh. Satu sahaja yang kami minta ialah... Jika Guru itu telah berpasangan atau berkahwin, Tolonglah letak pasangan tersebut dalam satu kawasan atau daerah atau kampung atau Parlimen. Sekolah berasingan pun tak apa. Janji dekat. Bukan seorang kat KL, Seorang lagi kat Sibu. Bolehkan?. Kami memang nak berkhidmat. Lagipun banyak insentif. Kalau tak nak lagi memang kategori manja atau kerana ada penyakit kronik (dikecualikan) - diri atau waris.

Kalau Pasangannya bukan guru bagaimana? Konklusinya?
Masalah yang kita kena fikir dan ambil tindakan ialah... Ramai guru perempuan daripada guru lelaki. Guru lelaki bujang bolehlah kita konfemkan mesti hantar ke pedalaman. Guru lelaki yang telah berkahwin, dan jika pasangannya juga guru, bolehlah dihantar juga ke pedalaman sekiranya dirinya atau anaknya tidak mempunyai penyakit kronik atau sebaliknya. 3 kategori dah konfem.

Sekarang masalahnya ialah guru perempuan bujang dan guru perempuan atau guru lelaki yang pasangannya bukan guru sama ada kerja sendiri atau kerja sebagai kakitangan kerajaan di jabatan lain.

Bagi kategori pasangannya berkerja di jabatan lain, Jabatan lain tersebut perlulah mengalah dengan membenarkan perpindahan ke tempat yang hampir dengan kawasan guru itu bertugas - sekiranya ada pejabatnya di situ.

Ingatlah hanya ada 3 jabatan yang tak boleh clash dengan jabatan lain iaitu Jabatan Pelajaran, Jabatan Pertahanan dan Jabatan Perubatan. 3 Jabatan tersebut perlu diberi keutamaan.

Bagi Guru Wanita bujang, mereka ini boleh dihantar ke kawasan luar bandar sehingga kawasan pedalaman tahap 2, iaitu kawasan yang kenderaan masih boleh masuk. Dan juga pastikan mereka ini dihantar bertugas secara berkumpulan iaitu antara 4 hingga 5 orang. (janganlah hantar ke sekolah yang dia sahajalah guru perempuan bujang di sekolah itu-menangis tak berlagulah)

Bagi Guru yang pasangannya berkerja sendiri, terutamanya guru wanita.. penulis minta maaf cakap, lagipun bukan idea penulis seorang... boleh memilih untuk berhenti atau bertugas juga di kawasan luar bandar yang diperintahkan. Suruh suami datang dekat atau duduk jauh. Ini dah masuk jadi masalah keluarga, jadi berbincang dengan pasangan. Dalam kategori ini bolehlah longgarkan mereka ditugaskan sehingga kawasan pedalaman tahap 1.

Bagaimana cadangan kami.? mudah untuk dilaksanakan.

Ada orang atasan yang mengatakan, tak berapa elok kalau suami isteri bertugas dalam satu sekolah terutamanya jika suami atau isteri salah seorangnya menjadi barisan pentadbir seperti Guru Besar atau Pengetua dan GPK. Kalau begitu, apa salah letakkan sahaja mereka ini berlainan sekolah tetapi masih dalam satu daerah yang sama.

Cuma ingatan kami Guru-Guru Malaysia... Kami menjaga kebajikan anak orang lain, kami juga takut jika anak kami pula yang terabai disebabkan sistem. Dengar khabar angin (jangan saman saya pula)... anak-anak guru sudah tidak dapat masuk asrama penuh atau MRSM kerana gaji ayah atau ibu mereka sudah melebihi daripada spesifikasi yang ditetapkan. Jadi bubuh kat sekolah biasa jelah... Khabar angin. Ntah betul tidak.

Satu lagi ingatan kami ialah... janganlah ada bies atau berat setampik (bhs Brunei), anak menteri, orang besar atau pegawai di kementerian dan jabatan negeri tidak pulak dihantar ke luar bandar atau pedalaman. Kita hantar ikut kategori bukan asal-usul keturunan. Masih ada tau. Mana Tau?

itulah sahaja pesanan kami wahai si mambang
cobaan......