Tuesday, November 24, 2009

Politik : Atasan dan Bawahan

Cuti sekolah datang lagi..dan SPM dan STPM sedang berjalan serentak. Redup cuaca pagi ini. Ada sesetengah negeri sedang bergelumang dengan banjir terutamanya di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Sejuk rasanya pagi ini. Kakitangan kerajaan yang lain masih sedang berkerja. Para guru pula ada yang sedang mula bercuti. Ada juga yang tidak bercuti, meyiapkan kerja-kerja tertangguh kerana kerja lain juga perlu disiapkan.

Bukan cerita pasal cuti. Cerita pasal orang kampung hujung tanjung. Tak jauh... Dalam-dalam kawasan felda je. Di luar sebuah kedai kopi. Sarapan pagi. Lepas minum masuk ladang kelapa sawit, yang toreh getah rasanya tak menoreh dah, hujan.

Adalah beberapa belas orang peneroka sedang hu ha hu ha...
Ada satu meja di luar, duduk 4 orang setengah umur kira-kira nak pencen dah. Pegangan politiknya tak tahu. Tapi agamanya Islam. Dok sembang baguih punya..

Ceritanya...

Awang... kau tahu tak kenapa UMNO dah tak berapa diterima orang? orang muda, orang tua, orang-orang mahupun orang utan.

Kenapa tanya? awak tak nampak penerimaan umum. UMNO ada wanita, puteri dan pemuda. Ada majlis apa-apa semua UMNO anjurkan. Ada penerimaan.

Habis tu kalau ada penerimaan, kenapa bilangan undinya merosot? kenapa 5 negeri dah ada dalam tangan pembangkang?

??? Semua sayap UMNO dah berusaha keras. dan...???

dan apa? ? pada pandangan aku yang bersekolah pondok ni. UMNO menang sebab ada dua sebab. sebab 1 , semua pengundi pos undi UMNO. UNDI pos ni biasanya dihantar untuk 'bekap' orang tahap menteri untuk menang. sebab 2, sebab politik wanglah... sebab 3. sebab UMNO membawa sejarah politik yang agak baik sehingga sekarang.
Kenapa kalah? 1 sebab lahiriah dengan zahiriahnya berbeza. Tahu kenapa UMNO tak boleh menang PAS? kunci utamanya masjid atau surau. kunci keduanya pemakaian. bukan isu itu ini.

??????

aku nak tanya? berapa orang AJK UMNO kampung, mukim, kawasan atau bahagian yang memeriahkan masjid atau surau setiap hari. Lebih-lebih lagi kalau imamnya orang PAS? boleh jawab. Ini datang sekali-sekala, itupun kalau ada majlis. Kadang-kadang rumah ADUN atau ADR atau ADN ni sebelah masjid atau surau je. Jenguk pun tidak. macam mana. Ketua bahagian mungkin sibuk. AJK lain? Setiausaha UMNO, Naib ketua dan lain-lain pergi mana? Sibuk pergi cari bini atau laki nombor 14.. Tengoklah masa ramadhan, AJK UMNO ni sembahyang tarawih kat masjid mukim dia pun tak pernah nampak. Yang ada tu aku tabiklah.
Aku nak tanya lagi. Kalau menteri itu ISLAM HADHARI lah.. kenapa isterinya mendedahkan aurat? Buka tudung. Rambut tu bukan aurat ke? orang UMNO kalah sebab tu je. Tak de kaitan dengan benda lain. Orang putih kata atitiud.

Patutlah PKR masih boleh diterima oleh PAS berbanding UMNO.

Tapi, kenapa orang PAS suka guna kata kata kesat? Membabikan orang, mengutuk orang. Kadang-kadang dalam pilihanraya yang sekecil-kecilnya pun orang PKR bergabung dengan PAS membuat keganasan, dan menakutkan orang yang nak mengundi? Bukan dapat apa pun. Menambah kemurkaan ALLAH adalah... kenapa?

?????

********************


Begitulah antara lain yang disembangkan oleh mereka. Politik politik politik. Kenapa tak de cerita membangunkan ekonomi ke, menyatukan perpaduan Melayu ke, Mencegah maksiat kawasan sekitar ke, tak pun bagaimana menjaga anak daripada menagih dadah.

Bangsa lain sedang memerhatikan kita. Mentertawakan dengan senyum sinis. Sebab politik pun nak gaduh. Tahu kenapa sesebuah tamadun itu runtuh? sebab ada 2. 1- sebab berebut wanita. 2-sebab berebut kuasa. 3- bencana alam dan wabak. Tapi sebab 1 dan 2 tu adalah kerana tangan-tangan manusia.

Renungkanlah....
"Tidak kami menjadikan JIN dan MANUSIA melainkan untuk beribadat kepada-Ku"
Apa yang dikejar dalam hidup mu.... manusia bijak kerana sentiasa mengingati mati, manusia bodoh kerana melakukan perkara yang tidak sepatutnya... Manusia kuat kerana dapat menahan kesabaran, manusia lemah kerana selalu marah-marah....