Tuesday, November 24, 2009

Politik : Atasan dan Bawahan

Cuti sekolah datang lagi..dan SPM dan STPM sedang berjalan serentak. Redup cuaca pagi ini. Ada sesetengah negeri sedang bergelumang dengan banjir terutamanya di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Sejuk rasanya pagi ini. Kakitangan kerajaan yang lain masih sedang berkerja. Para guru pula ada yang sedang mula bercuti. Ada juga yang tidak bercuti, meyiapkan kerja-kerja tertangguh kerana kerja lain juga perlu disiapkan.

Bukan cerita pasal cuti. Cerita pasal orang kampung hujung tanjung. Tak jauh... Dalam-dalam kawasan felda je. Di luar sebuah kedai kopi. Sarapan pagi. Lepas minum masuk ladang kelapa sawit, yang toreh getah rasanya tak menoreh dah, hujan.

Adalah beberapa belas orang peneroka sedang hu ha hu ha...
Ada satu meja di luar, duduk 4 orang setengah umur kira-kira nak pencen dah. Pegangan politiknya tak tahu. Tapi agamanya Islam. Dok sembang baguih punya..

Ceritanya...

Awang... kau tahu tak kenapa UMNO dah tak berapa diterima orang? orang muda, orang tua, orang-orang mahupun orang utan.

Kenapa tanya? awak tak nampak penerimaan umum. UMNO ada wanita, puteri dan pemuda. Ada majlis apa-apa semua UMNO anjurkan. Ada penerimaan.

Habis tu kalau ada penerimaan, kenapa bilangan undinya merosot? kenapa 5 negeri dah ada dalam tangan pembangkang?

??? Semua sayap UMNO dah berusaha keras. dan...???

dan apa? ? pada pandangan aku yang bersekolah pondok ni. UMNO menang sebab ada dua sebab. sebab 1 , semua pengundi pos undi UMNO. UNDI pos ni biasanya dihantar untuk 'bekap' orang tahap menteri untuk menang. sebab 2, sebab politik wanglah... sebab 3. sebab UMNO membawa sejarah politik yang agak baik sehingga sekarang.
Kenapa kalah? 1 sebab lahiriah dengan zahiriahnya berbeza. Tahu kenapa UMNO tak boleh menang PAS? kunci utamanya masjid atau surau. kunci keduanya pemakaian. bukan isu itu ini.

??????

aku nak tanya? berapa orang AJK UMNO kampung, mukim, kawasan atau bahagian yang memeriahkan masjid atau surau setiap hari. Lebih-lebih lagi kalau imamnya orang PAS? boleh jawab. Ini datang sekali-sekala, itupun kalau ada majlis. Kadang-kadang rumah ADUN atau ADR atau ADN ni sebelah masjid atau surau je. Jenguk pun tidak. macam mana. Ketua bahagian mungkin sibuk. AJK lain? Setiausaha UMNO, Naib ketua dan lain-lain pergi mana? Sibuk pergi cari bini atau laki nombor 14.. Tengoklah masa ramadhan, AJK UMNO ni sembahyang tarawih kat masjid mukim dia pun tak pernah nampak. Yang ada tu aku tabiklah.
Aku nak tanya lagi. Kalau menteri itu ISLAM HADHARI lah.. kenapa isterinya mendedahkan aurat? Buka tudung. Rambut tu bukan aurat ke? orang UMNO kalah sebab tu je. Tak de kaitan dengan benda lain. Orang putih kata atitiud.

Patutlah PKR masih boleh diterima oleh PAS berbanding UMNO.

Tapi, kenapa orang PAS suka guna kata kata kesat? Membabikan orang, mengutuk orang. Kadang-kadang dalam pilihanraya yang sekecil-kecilnya pun orang PKR bergabung dengan PAS membuat keganasan, dan menakutkan orang yang nak mengundi? Bukan dapat apa pun. Menambah kemurkaan ALLAH adalah... kenapa?

?????

********************


Begitulah antara lain yang disembangkan oleh mereka. Politik politik politik. Kenapa tak de cerita membangunkan ekonomi ke, menyatukan perpaduan Melayu ke, Mencegah maksiat kawasan sekitar ke, tak pun bagaimana menjaga anak daripada menagih dadah.

Bangsa lain sedang memerhatikan kita. Mentertawakan dengan senyum sinis. Sebab politik pun nak gaduh. Tahu kenapa sesebuah tamadun itu runtuh? sebab ada 2. 1- sebab berebut wanita. 2-sebab berebut kuasa. 3- bencana alam dan wabak. Tapi sebab 1 dan 2 tu adalah kerana tangan-tangan manusia.

Renungkanlah....
"Tidak kami menjadikan JIN dan MANUSIA melainkan untuk beribadat kepada-Ku"
Apa yang dikejar dalam hidup mu.... manusia bijak kerana sentiasa mengingati mati, manusia bodoh kerana melakukan perkara yang tidak sepatutnya... Manusia kuat kerana dapat menahan kesabaran, manusia lemah kerana selalu marah-marah....

Monday, November 9, 2009

Surat Untuk Perdana Menteri dan Bekas Perdana Menteri Malaysia

Berita Harian, edisi 9 november 2009, berita nasional, muka surat 11 bertajuk "6 hari bayi mati dalam kandungan".

Blog ini sebenarnya hanya untuk memuatkan hasil nukilan cerpin dan novel bersiriku. Namun ada sesuatu cerita tentang masyarakat yang aku nak kongsi bersama untuk menarik pihak kerajaan yang mengontrols kesemua aspek negara kita sama ada politik, ekonomi, sosial dan sejarah serta pembangunan insan. Aku tak kisah kalau cuepacs nak minta bonus 2 bulan dari PM. Aku tak kisah kalau ustaz Asri di tahan, juga tak kisah kalau ramai artis yang bercerai berai dan berkahwin semula. Aku tak kisah. Ada ku kisah.

Tapi, laporan akhbar tersebut telah menarik perhatian ku, sama seperti cerita Awang Sari dan Rahmani yang masih dalam pembuatannya olehku yang telah ku pos beberapa minggu lalu. Semuanya kisah benar. Sama saja.

Rakyat Malaysia kini semakin maju. Kemajuan yang berlaku telah menyebabkan golongan guru terpaksa menambah kemahiran mereka selangkah lebih maju daripada pelajar mereka. Begitu juga dengan pemimpin negara, sepatutnya pemikiran dan kemahiran mereka lebih maju daripada rakyat biasa. Dunia dah berubah dan akan semakin berubah.

Dalam akhbar itu juga, dalam ruangan berita nasional, muka surat 3 bertajuk 'subjek 1Malaysia mampu suburkan perpaduan rakyat'. Siapa mereka yang pandai sangat nak buat subjek itu subjek ini untuk pelajar belajar? sekadar YB atau wakil rakyat? Merekakah yang mengajar pelajar-pelajar ini. Tahu tak mereka yang hakikat tentang mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan yang juga hasil idealisma seorang YB? Di sekolah mata pelajaran itu hanya menjadi mata pelajaran anak tiri kerana tidak ada dalam peperiksaan PMR, SPM mahupun STPM. Pandai sangat kononnya. Tapi itu baru pandangan peribadinya sahaja.

Saya mengesyorkan agar menteri yang memegang portfolio itu mestilah yang mempunyai kepakaran dalam bidangnya. Menteri Kesihatan mestilah seorang Doktor Pakar. Menteri Pelajaran mestilah seorang yang pernah berkhidmat sebagai guru lebih 15 tahun. Menteri Kewangan mestilah ahli kepada Persatuan Akauntan Antarabangsa. Menteri Pertahanan mestilah seorang Panglima Perang yang dibawah sedikit daripada Yang Di Pertuan Agung. Begitulah seterusnya menteri-menteri yang lain. Rakyat sekarang dah ada streamyx atau jalur lebar. Bukan duduk dalam mangkuk kaca lagi. Fikirkanlah.

Berbalik mengenai laporan bayi tadi. Saya mengandaikan rata-rata rakyat Malaysia telah atau pernah menonton drama atau filem mengenai perubatan. Malah dalam education channel Astro (511-557) ada rencana tentang perubatan. Takkan orang besar-besar tak menonton. Tak ada masa? Cerita drama seperti ER (emergency room), CSi (crime scene investigation) dan banyak lagi menyebabkan minda rakyat Malaysia telah dapat menerima kemajuan dalam bidang perubatan - dari segi teknik dan peralatan. JADI, APA LAGI MASALAH PUSAT KESIHATAN KERAJAAN. Kepercayaan rakyat hampir pupus kepada hospital kerajaan. Rakyat terpaksa pergi mendapatkan perkhidmatan di sana kerana kosnya lebih rendah. Malangnya tahap perkhidmatan sama seperti harganya pula. Padahal kecanggihan peralatan memang marvelous. Pakar? Kita kekurangan pakar perubatan sebenarnya. Kenapa? mengapa pakar perubatan lebih rela membuka klinik sendiri atau bekerja dengan pusat kesihatan swasta. Terlalu banyak pusat kesihatan swasta, yang kosnya berkali-kali lipatan. Adakah pakar kita lebih mementingkan duit dan harta daripada kebaktian kepada rakyat? Persoalannya?kenapa? Kerana sistem kerja dalam sistem itu sendiri. Tanyalah kepada rakyat awam, pekerjaan awam apakah yang hampir tiada masa untuk keluarga. Jawapannya ialah petugas kesihatan (tugas + on call) dan guru (tugas sekolah+tugas bawa ke rumah).

Terlalu banyak mesyuarat dengan agenda tertentu ditetapkan dalam hal ini. Namun penyelesaiannya entah ke mana. Teori mahupun praktikal. Yang terlibat dengan Mesyuarat itu siapa? sepatutnya ada wakil pihak atasan, juga wakil pihak pertengahan, wakil kakitangan bawahan dan juga pesakit. Jangan serahkan keputusan kepada orang atasan, sebaliknya buatlah undian majoriti. Paling tidak melalui teknologi ICT kini. Paling baik turun sendiri ke padang bertanya tentang kepuasan pelanggan tanpa di-escort oleh bodyguard atau hanjing.

Di sini saya juga mengesyorkan agar pusat kesihatan di bahagi kepada dua department. Department Male Gender dan Feminin Department di mana kesemua petugas serta pesakit mengikut gender masing-masing. Apa macam? Pusat Kesihatan 1 Malaysia? Relevan atau kurang? Lu pikirlah sendiri. Kenapa ramai wanita malu untuk buat pemeriksaan kanser payu dara dan kanser seviks. kerana doktornya lelaki. Malah terlalu banyak penyakit kaum wanita ini sehingglah kepada pembedahan yang pakarnya berlainan gender. Suatu darurat yang tiada wanita yang mahukannya.

Ini suara atuk nenek dari hujung kampung tak berturap jalannya. Lainlah kalau bini pemimpin pun tak pakai tudung. Bini Agong pun pakai tudung. Antara Pegangan Agama Islam, Kepercayaan Budaya Melayu dengan sekularisme glokal. Rakyat yang naik Proton dan Perodua atau orang atasan yang naik BMW dan Merc. Yang di atas bukan selama-lama. Sebelum jatuh buatlah pancaran yang paling cantik sekali. Sebagai tanda ingatan untuk kemudian hari.

Tanya diri. Hidup dan matiku untuk siapa. Nak ke mana. Apa mahuku dalam hidup ini. -KarmaKencana-

Thursday, November 5, 2009

TOLONG 1 MALAYSIA

TOLONGLAH !
WAHAI SAYANGKU MALAYSIA
AGAMA MU ISLAM
TUHAN MU ALLAH
SOLATMU 5 WAKTU
MUHAMMAD NABI DAN RASUL MU
MELAYU ITU BANGSAMU

1 MALAYSIA
TOLONGLAH BUAT
"PUSAT KESIHATAN GENDER 1 MALAYSIA"
(PUSAT KESIHATAN INI MERUPAKAN ALTERNATIF KEPADA PUSAT KESIHATAN SEDIA ADA. PUSAT INI MENEMPATKAN PESAKIT BERDASARKAN GENDER TANPA MENGIRA BANGSA. PETUGAS SERTA PAKAR , JURURAWAT DAN PESAKIT HANYA SATU GENDER DALAM SATU PUSAT KESIHATAN. PUSAT KESIHATAN WANITA ATAU PUSAT KESIHATAN LELAKI {SEPERTI SEKOLAH PEREMPUAN/METHODIST DAN SEKOLAH LELAKI} . DENGAN ADANYA PUSAT KESIHATAN SEUMPAMA INI, MAKA TIADA LAGI KERISAUAN BAGI PESAKIT KRONIK SAKIT PUAN SEPERTI KANSER PAYU DARA ATAU KANSER SERVIKS ATAU APA JUA PENYAKIT GENDER. BEGITU JUGA DENGAN PESAKIT KRONIK SAKIT TUAN.)

KESIHATAN DIUTAMAKAN JANTINA DIBEZAKAN
1 MALAYSIA 1 HARAPAN







-PENGGUBAL DASAR KESIHATAN MALAYSIA 2009-