Wednesday, August 4, 2010

TerPanggil

Saya merasa terpanggil untuk menulis tentang profesion keguruan. Antara Masalah dan tugas. Bebanan atau tanggungjawab. Tidak ada apa sebenarnya. Cumanya semalam keluar lagi berita tentang kes pelajar dengan guru. jadi jika anda ada masa, luangkanlah sedikit untuk menonton siri video dari youtube yang saya nak share bersama di bawah ini... apa rasionalnya...

  • parenting guide or teacher guide or environment guide.........??????

  • adu parai akuk.....endak kuk tau bakani...palau...

  • boleh aku ketawa jap... he he he... sebab? akibat?

    Pelajar...kenapa? apa akibatnya?

    Guru .... kenapa? apa akibatnya?

    Tukang ambil gambar... kenapa? apa akibatnya?

    Tukang upload... kenapa? apa akibatnya?

    Guru..xkan ada yg membela anda... KPM, JPN, PPD semua akan ke arah anda.

    mungkin budak itu tengah mabuk todi atau baru lepas gian atau bermasalah keluarga.... antara pedagogi dan psikologi, antara undang2 dan kemanusiaan.. come on man... this is for real... today world of Msia Edu Dilemma..

  • guru tu sendiri yg mintak 'pau' dr pelajar tu.......pa lagi mau tunggu, pelajar tu 'cia' guru tu la.....sbnrnya kedua2 pihak pun ada kesalahannya, yg muda perlu menghormati yg tua, yg tua harus menyayangi muda.....yg sorang bitch duduk kat sofa tu wuat pa....enjoy ka?.....yg jd teladan guru dlm vid tu guru yg ber-tie tu...respect...


    antara komen di youtube groundjawz ....

sejahtera malaysia

Untukmu Malaysia- 5 Tabah Skbt3

A Musical Tribute to 1Malaysia (saxophone)- Untukmu Malaysia Instrumental

kawanku (quality english translation / sub) by namewee

Negarakuku - Malay subtitles - For national harmony

NegaraKUKUKU (Negarakuku new version)

sekolahku

Ah-Ha - Teaching English

sajak guru oh guru osman awang

Guru Oh Guru

Hari Guru

VIDEO REKAMAN GURU MENAMPAR MURID DI GORONTALO

Filem Pendek - Gaduh

Guru vs Ibubapa

Pelajar Tendang Guru

Seks Dalam Tandas, Guru UMNO Belasah Pelajar Cina 2008

Murid Yang Kurang Ajar

Wednesday, July 28, 2010

PoLitIcs.......... antara kepercayaan dan kemunasabahan...

Assalamualaikum ....
Para Masyarakat Melayu dan Bumiputera Malaysia. Baru semalam kami para guru mendapat berita tentang "pegawai perkhidmatan pelajaran siswazah @ guru DG41 hingga DG48 dibenarkan menyertai atau bergiat dengan politik.

Pelbagai fobialisasi impak dari pembenaran tersebut. Pro dan kontra.
Terus terang kami menyatakan (kami sebagai anak muda yang berumur lingkungan 30 tahun ke bawah) amat-amat tidak meminati politik. Jadi jangan suruhlah nak berkempen ke, nak suruh sertai parti itu ini..Sorry seribu kali sori. Kenapa? Terdapat pelbagai fobialisasi (secara ringkas sahaja) ;

a) Kami dah muak, cemuih dan bosan dengan senario politik, isu itu ini, dan sebagainya yang menjauhkan negara dari kepantasan pembangunan. Di zaman ini, di mana kelajuan serta kepantasan alam cyber dipertingkatkan hanya dalam masa 6 bulan, kita masih berbicara tentang menteri rasuah, hubungan sejenis bekas menteri, skandal kahwin lagi, cauvinisme, si cacat yang perasan hebat, si tidak ada pelajaran bersuara di Parlimen... dan sebagainya. Yang benarnya orang muda hanya mahukan keuntungan. Kami untung apa jika suasana politik bergolak atau tidak. Kerja tetap kerja.

b) saya berbincang dengan pentadbir sekolah, katanya ; jika guru dibenarkan berpolitik, biarlah. Nak pergi mesyuarat cawangan ? mesyuarat bahagian? BTN di Langkawi? Merayu undi?... pergilah kerana itu tidak salah di sisi undang2... tapi pastikan Buku Rancangan Mengajar di siapkan, jangan jadikannya Buku Sejarah Mengajar. Siapkan ABM, siapkan tanda buku pelajar, siapkan statistik kecemerlangan dan pencapaian pelajar dan kerja rutin yang lain. Bersemangat ketika mengajar, jangan pula jadi spt Che' gu Shaari yang pergi mesyuarat sampai jam 2 pagi, kemudian mengantuk di sekolah.

c) Tiada semangat kebangsaan. Tiada Sikap Peduli. Kami bangsa apa? Bangsa Malaysia? Bahasa apa? Bahasa Malaysia... lepas ni apa pula. Bosan dengan dasar yang berubah-ubah mengikut menteri yang berpindah-randah. Masing-masing nak tunjuk dia bijak sedang itu bukan bidang dia. Apa kejadahnya....

d) Mesyuarat. Tentang apa? dengan siapa? kroni? syura? Keputusannya berpihak kepada siapa?

e) Pertuduhan. PAS tuduh UMNO itu ini. UMNO jawab. UMNO tuduh PAS begitu begini. Sama Melayu tuduh menuduh. Keadilan, DAP, Tuduh kerajaan itu ini. Kerajaan Jawab. Kerajaan??? besabar lagi.

f)sambung kmdian

Thursday, June 3, 2010




Alam alamak


dari jauh aku berjalan
jauh sangat
letih hati
lenguh kaki

melihat mana ada orang
melihat mana ada barang
melihat mana ada

aku kekampungan
datang perbandaran
rasanya hawa
baunya beza

singgah ke gerai
makan secupak dua
sekupas tiga
ayam sepeha
nasi semangkuk
kuah tak minta

sunyi sepi lagi
mana nak pergi
cheras mengkali
puchong menanti
bangsar malam hari
putra berjaya

..........

catatan perjalanan sebuah aku
seketul daging pengikat tulang
diberi roh
suruh berjalan
berfikir

tambah dah habis
kurang minta lagi
......................











...karmakencanashah...




Saatnya
Aku berjalan berlari kelesuan
kau pula memeluk erat
pasti aku kan jatuh
jika kau lepas pergi

jauh nun dipangkal hati
ada bunga mekar
kuntum mewangi semerbak

di situ juga
ada seekor rerama
kepak menawan warnanya
terbang terbang tingi rendah

suatu hari juga
aku berjalan bersiar
aku toleh ke belakang
kau tiada
mencari meraba meramas

hilang tiba tiba
setibanya
apa ku rasa
tiada

sunyi sepi
apa yang hilang
sinar
atau dakapan
atau angin melalu

sepi lagi
ooooo
aku lupa
subuh berselimut
kulit haram

siapa?.....

Thursday, May 20, 2010

PUJANGGA

Pernah dengar
sirih bertepuk pinang menari
adat dijunjung dilangkahi
budi ditabur disirami tuba
kasih diberi tinggal sedekah
nasi bertanak tak berjamah
air sehidang tidak bertuang
..................................
bukan bibir manis seperi
tidak hidung mancung sepipi
kopiah sama putih
hempedu lain lain
darah sama merah
najis lain baunya
.....................
yang disanjung kepangkatan
yang dipikul kepanasan
yang dijunjung kehartaan
yang dipijak kewarasan
yang didongak ketuhanan
yang dipujuk kesakitan
yang dirampas kemiskinan
yang tinggal kesepian
...........................
mana udang dibuat sambal
mana tempe dibuat goreng
mana dimana orang nak makan
disana orang membuat hal
disini orang membuat coreng
disitu orang membuat sakan
....................................
ada pujangga dirotani
ada sasterawan dibelakangi
ada pendeta dikencingi
ada profesor ditipu-tipu
ada cendikia ditutup mata
ada penghasut angkat dijulang
ada pembibir diusap usap
ada pembida dipeluk cium
ada perintah diikut sahaja
.................................
1 insan 10 umat
1 lisan 100 buat
2 3 4 5 6 7 8 9
yang 99 genap 100
100 cerita mula
1000 bersambung lagi
sejuta berbalam balam
selaksa berbedil bedil
sehari berjalan jalan
sepekan bertandang jauh
sepurnama tunggu ajal
tinggal sedetik menunggu taubat
sesaat dicabut nyawa
...........................

berjumpa berpisah
bertemu bertegur sapa
berdua beradu
tinggal satu
nak cari mana
..................
..................
....selaras kata sejumlah puisi tradisi........

Wednesday, May 19, 2010

HAMBA SAHAYA


Bermulanya
sebuah kisah kasih suci
dibina di atas pelangi
jatuhnya panahan
jiwa bergelora
..............
Asmara
menahan laharnya berapi
gugurlah
kata kata ucapan rindu
..........................
Bergoncanglah
tiang tiang
perasaan
kerana lama
terlalu lama
berdua
.............
Ingatan
tinggalkan ingatan
abadikan
kenangan bahagia
di sana cuma
kita tinggal
berdua
kita tinggalkan
...................................................................................................

Tuesday, May 18, 2010

Aku Ada Cerita Tapi....

Aku ada banyak idea dan cerita.. tapi.... tak ada masa lagi untuk mengarang.... so just isi ruang oleh kerana lama dah tak meluah taipan.... Maaf jelah yek...untuk diri sendiri....

untuk mengisi kekosongan ini... aku bagilah sedikit penawar duka skit...Read its




DUA

dua itu pasangan
pasangan itu berdua

hati biar bersentuh tersentuh
raga jangan
jiwa biar berhati
berhati hati

bukan ini caranya
bukan itu gayanya
bukan bukan

cinta itu bukan dua bukan
satu itulah
yang satu jugalah

andai umpama burung terbang berdua
terbang ke langit tinggi
jatuh di tanah lain
jatuh juga

bagai sebagai anak harimau
makan diajar
minum ditunjuk
bukan dijangankan

fikir
duga dalam dalam
falsafah
ahli

buat apa hidup
kenapa bernafas
memandang
mendengar
menyentuh

Apa tanya hidup
Silaturrahim
kenapa putusi
hari ini malu / malu esok pula
aib......

Aib.......
semalam hari ini esok

kenapa?
aku betulkah?
saya benarkah?
Betulkah apa yang aku buat?
Inikah suruhan Tuhanmu?
Allah ku?

Baik tak baik
jahat tak jahat
buruk tak buruk

disebabkan sebab
akibatnya akibat
sebab akibat........

berdiri di atas
SYARIAT
HAKIKAT
MAKRIFAT
bukan maksiat
..................................................................................................................................................................

Wednesday, March 24, 2010

DRAMATIC : drama and ethic


Drama itu satu seni persembahan. Etik atau etika itu satu tatacara tingkahlaku yang menjurus kepada kebaikan. Dramatik itu ialah suatu unsur yang menarik pada satu-satu moment yang terdapat dalam suatu konflik.
al-qisah suatu cerita yang bermula disebuah daerah bernama Lembah Padas, Sabah. Suatu kisah keluarga yang biasa-biasa saja pada mulanya. tiada pun yang menarik. walaupun kisah suatu keluarga tapinya berkait juga dengan sebuah keluarga besar yang melibatkan datuk dan nenek, pakcik makcik, ibu ayah, anak beranak sehinggalah cucu cicit. bukanlah niat hendak mengaibkan keluarga tersebut. cuma ingin menjadikannya sebagai tauladan untuk difikirkan kerelevannannya masa kini. cerita ini cukup panjang, jadinya akan berdikit-dikitlah penulis menaipnya jika ada masa. InsyaAllah.
lama dahulu...ada seorang ayah yang berekerja di syarikat keretapi tempatan. sambil-sambilan membuat kerja kampung untuk menambah pendapatan. beliau mempunyai 1 orang isteri dan 8 orang anak dan 7 orang menantu. Isterinya seumpama queen control dan banyak 'ulah'. Tapi dia diam saja. Anaknya? Anak pertama tidak pernah kenal huruf tapi tahu kira-kira sedikit. pernah berkahwin tapi telah bercerai tak tahu kenapa. Anaknya yang kedua berkerja sebagai buruh kasar, punya 5 orang anak, 2 daripadanya telah berjaya, hidupnya sederhana tetapi bahagia dan sempurna. Anak ketiga bekerja di sebuah empangan elektrik, punya 5 anak rasanya, jarang-jarang balik kampung. Anak keempat ...

Wednesday, March 3, 2010

Guru Wajib Ke Luar Bandar



Kami Guru-guru amat menyokong kepada kenyataan tersebut. Sokong sangat-sangat guru dihantar ke pedalaman. Guru baru ke, lama pun boleh. Satu sahaja yang kami minta ialah... Jika Guru itu telah berpasangan atau berkahwin, Tolonglah letak pasangan tersebut dalam satu kawasan atau daerah atau kampung atau Parlimen. Sekolah berasingan pun tak apa. Janji dekat. Bukan seorang kat KL, Seorang lagi kat Sibu. Bolehkan?. Kami memang nak berkhidmat. Lagipun banyak insentif. Kalau tak nak lagi memang kategori manja atau kerana ada penyakit kronik (dikecualikan) - diri atau waris.

Kalau Pasangannya bukan guru bagaimana? Konklusinya?
Masalah yang kita kena fikir dan ambil tindakan ialah... Ramai guru perempuan daripada guru lelaki. Guru lelaki bujang bolehlah kita konfemkan mesti hantar ke pedalaman. Guru lelaki yang telah berkahwin, dan jika pasangannya juga guru, bolehlah dihantar juga ke pedalaman sekiranya dirinya atau anaknya tidak mempunyai penyakit kronik atau sebaliknya. 3 kategori dah konfem.

Sekarang masalahnya ialah guru perempuan bujang dan guru perempuan atau guru lelaki yang pasangannya bukan guru sama ada kerja sendiri atau kerja sebagai kakitangan kerajaan di jabatan lain.

Bagi kategori pasangannya berkerja di jabatan lain, Jabatan lain tersebut perlulah mengalah dengan membenarkan perpindahan ke tempat yang hampir dengan kawasan guru itu bertugas - sekiranya ada pejabatnya di situ.

Ingatlah hanya ada 3 jabatan yang tak boleh clash dengan jabatan lain iaitu Jabatan Pelajaran, Jabatan Pertahanan dan Jabatan Perubatan. 3 Jabatan tersebut perlu diberi keutamaan.

Bagi Guru Wanita bujang, mereka ini boleh dihantar ke kawasan luar bandar sehingga kawasan pedalaman tahap 2, iaitu kawasan yang kenderaan masih boleh masuk. Dan juga pastikan mereka ini dihantar bertugas secara berkumpulan iaitu antara 4 hingga 5 orang. (janganlah hantar ke sekolah yang dia sahajalah guru perempuan bujang di sekolah itu-menangis tak berlagulah)

Bagi Guru yang pasangannya berkerja sendiri, terutamanya guru wanita.. penulis minta maaf cakap, lagipun bukan idea penulis seorang... boleh memilih untuk berhenti atau bertugas juga di kawasan luar bandar yang diperintahkan. Suruh suami datang dekat atau duduk jauh. Ini dah masuk jadi masalah keluarga, jadi berbincang dengan pasangan. Dalam kategori ini bolehlah longgarkan mereka ditugaskan sehingga kawasan pedalaman tahap 1.

Bagaimana cadangan kami.? mudah untuk dilaksanakan.

Ada orang atasan yang mengatakan, tak berapa elok kalau suami isteri bertugas dalam satu sekolah terutamanya jika suami atau isteri salah seorangnya menjadi barisan pentadbir seperti Guru Besar atau Pengetua dan GPK. Kalau begitu, apa salah letakkan sahaja mereka ini berlainan sekolah tetapi masih dalam satu daerah yang sama.

Cuma ingatan kami Guru-Guru Malaysia... Kami menjaga kebajikan anak orang lain, kami juga takut jika anak kami pula yang terabai disebabkan sistem. Dengar khabar angin (jangan saman saya pula)... anak-anak guru sudah tidak dapat masuk asrama penuh atau MRSM kerana gaji ayah atau ibu mereka sudah melebihi daripada spesifikasi yang ditetapkan. Jadi bubuh kat sekolah biasa jelah... Khabar angin. Ntah betul tidak.

Satu lagi ingatan kami ialah... janganlah ada bies atau berat setampik (bhs Brunei), anak menteri, orang besar atau pegawai di kementerian dan jabatan negeri tidak pulak dihantar ke luar bandar atau pedalaman. Kita hantar ikut kategori bukan asal-usul keturunan. Masih ada tau. Mana Tau?

itulah sahaja pesanan kami wahai si mambang
cobaan......

Wednesday, February 10, 2010

Syarikat Pahang Motor Temerloh

CCA4956
Aku merupakan sebuah motorsikal berjenama Honda. Aku hanya bike biasa, sebuah skuter 108cc. Click AT namaku. Dengan nombor pendaftaran Pahang CCA.Tahun pengeluaranku pada tahun 2007. Sejak aku punyai tuan, yang akan aku namakan sebagai Abg As, aku telah dibawa berjalan-jalan cukup jauh. Dari Pahang, aku telah merentasi Kuala Lumpur dan Selangor juga Negeri Sembilan. tuan aku amat menyayangiku kerana aku adalah antara harta pertamanya hasil titik peluhnya sendiri. Aku dibeli secara hutang tanpa meminta belas ehsan daripada ibubapa Abg As. Dialah yang selalu membelai aku dan kadang-kadang memandikan aku. Dia sanggup memakaikan aku dengan aksesori yang original. Abg As juga telah membayar habis ansuranku di Aeon Kuantan pada tahun 2008.

Pada suatu ketika kira-kira hampir setahun lepas. Kalau tak silap bulan 4 tahun 2009. Adik ipar Abg As telah memakai aku. Dia raidernya aku dari Sungai Buloh ke Kuantan. Untuk berjumpa dengan aweksnya. Kemudian dalam perjalanan pulang semula ke Sungai Buloh dia telah tereksiden kerana....(rahsia). Sakitnya badanku tiada terkira. Dan dia telah dibawa pergi ke Hospital Temerloh untuk rawatan lanjutan. Tinggallah aku bersama dengan abang peronda LPT tersadai di bahu Lebuh Raya Pantai Timur .

Abg as mendapat berita yang mengejutkan itu.. dan menerimanya dengan hati yang hancur luluh.. aku tahu dia amat sayangkan aku walaupun dia sekarang sudah punya VIOS G dan ViVa Ezi 1.0. Abg As datang juga menjengukku yang tersadai di Bahu jalanraya itu. Dia kasihan melihatku. Dia belainya aku. Dan dia membenarkan Abg peronda LPT itu membawaku pergi ke tempat simpanan sementara di Tol Maran.

Setelah 3 hari kemalangan itu barulah aku dapat membuat laporan polis kerana adik iparku tidur dalam wad selama 2 hari jugalah. Tak ada kecederaan teruk. cuma bahagian kulit sahaja.

Selepas membuat laporan polis, pada keesokkan harinya barulah aku menghantar motosikalku itu ke Pahang Motor di Temerloh, sebaris dengan KFC, BSN, dan Am Bank. Aku rasa biarlah kedai tempat aku beli motosikal ini yang akan menguruskan claim insuran dan pembaikpulihan.

Dan aku mula menunggu. Tunggu dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, akhirnya aku tak tahan lagi. selepas tiga bulan aku mula menghubungi kedai Pahang Motor. Katanya mereka sedang menunggu Order Spare parts dari Thailand. Ya memang aku tahu kilang Honda ada di Thailand. aku tunggu lagi. Untuk Pengetahuan, yang tercedera hanyalah kulit luaran sahaja. enjin dan casis tidak ada masalah sama sekali. Tunggu.

Amat lama. Aku menghubungi mereka lagi. Dan jawapan yang sama. Maka aku pun ke kedai itu, dan... Ok siap... Siap sticker dan separuh sahaja. Tiada rupa baru langsung. masih terdapat calar balar. Bosnya suruh aku try, bawa. dengan rim bengkok yang diluruskan, langsung tak tukar rim baru. Aku pun bawa balik rumah dengan kepalanya bergegar-gegar. Hanya boleh bawa 70km sejam. macam Honda C70 saja. Keesokkanya aku hantar balik ke kedai tersebut.

Aku tunggu lagi. Kadang-kadang bila aku ke Temerloh aku singgahla. Jawapannya agak berbeza sedikit. Tengah tunggu order spare parts dari Pulau Pinang. Ya aku tahu juga ada kilang Honda kat Bayan Baru Pulau Pinang. tunggu lagi. Memang ya aku dah ada kereta, tapi aku mahu guna itu motor untuk menjimatkan kos. Minyak mahal.

Kadang-kadang aku nak saman sahaja kedai tu atas alasan oleh kerana terlalu lama aku menanggung kos pengangkutan ke sekolah. Tapi aku jenis orang yang tak nak bergaduh. Walau pun dengan bangsa lain. 1 Malaysia. Sabar lagi, makan hati. Dia fikir susah dia, dia tak fikir susah kita. Tunggu lagi.

Alternatif lain ialah aku email agen insuran, bukan agen tapi ibu pejabat besar di Kuala Lumpur. Dan mereka pun menyiasat kes ini. Tapi bos kedai tu belum claim kerana motor tak siap lagi...Bahasa aku pun dah kuca lana sebab geram ni.

Akhirnya aku layari internet, cari kedai spare part Honda original, 4S Honda, Kilang Honda semua berkaitan Honda Ori. Aku hubungi kalau-kalau ada spare part. Memang rata-rata kata ada. Dekat KL lagi. Ampang ada, Gombak ada, PJ ada.. aku dulu beli part yang ori di Nilai. Aku pula mencari untuk kedai Pahang Motor tu. Dia buat apa. Patutnya dialah yang banyak kontek. Aku call dan suggest. Dia pun kata.. ya ya ya. Aku siap print alamat dengan nombor telefon sekali.

Sekarang aku tengah tunggu lagi. katanya akan siap selepas tahun baru cina 2010. Tunggulah. Dalam hati aku, kalau aku bukan manusia yang sabar, dah lama aku bakar itu kedai. bayangkanlah sekarang dah bulan 2 2010. hampir 1 tahun tak siap lagi. tak patut tak patut.

Nasihat aku ialah
1. Lain kali jangan beli, atau hantar repair dekat kedai itu. Perkhidmatan tak bagus. bos dia cakap dengan kita memang bagus.Cakap saja aku pun boleh buat.
2. Jangan beli motor atau kenderaan yang tidak popular pasal parts susah nak cari(walaupun jenamanya terbukti baik).
3.Jangan terlibat dengan eksiden
4.Jangan kasi pinjam itu kenderaan kepada orang lain. Dia tak sayang macam kita sayang harta kita.

Tuesday, February 9, 2010

Masalah Bisnes Broadband Di Kampung Kita

KES 2

Aku sebenarnya mau melanggan streamyx combo 1 mb, private punya. kegunaannya ialah untuk mencari maklumat atau ABM. Sudah nama cikgu kan. Aku tinggal di rumah mak mertua aku. Alamatnya ialah ...Kedai Mara , Jengka 14. Bila aku pigi TM Mentakab. Petugas cerita itu macam la. "tuan, tak boleh langgan streamyx private sebab alamat tuan atas nama kedai".. " tapi saya bukan nak buat bisnes cyber cafe. saya nak guna secara individu. ginilah.. kalau saya buat talian baru atas nama saya apa macam?".. "Boleh tapi tuan kena bayar pemasangan talian RMxxx, bayaran pemasangan streamyx RMxxx, semua dekat RM800 la"... " apasal tak seribu?"

Oklah, aku guna talian sedia ada, sebelum tu talian di rumah kedai ni pakai kad je, takut orang lain guna lebih-lebih. Maka aku pun isi borang langgan streamyx. Tanpa tanya-tanya lagi tentang bil yang akan dikeluarkan . Langgan bisness broadband 1 mb. offer yang aku dapat ialah 6 bulan pertama cuma bayar RM99 sebulan.. bulan ketujuh RM130. agree. Yuran pemasangan sebanyak RM 361.00 yang akan termasuk dalam bil bulan ketiga.

Rumah aku tinggal sekarang. Aku tinggal di rumah biasa dalam kawasan perumahan rancangan felda. Depan rumah aku tu kedai jahit. Bukan sebaris blok kedai Mara Felda pun. cuma kawasan tepi tanah tambahan untuk perniagaan atas ehsan pengurus Felda. Nak kata rumah kedai, agak boleh la.

Bulan pertama bil atas nama pemunya (mak mertua aku) sampai aku tak kisah.. tak terkejut pun, lagi pun bil setakat RM 60.. bayar jelah. Bulan kedua gitu juga. aku bayar jelah. Bulan ketiga aku belum bayar lagi sebab tak dan.

Jeng..jeng..jeng..
Bulan keempat bermula kemusykilan. aku masih terima bil atas nama mak mertua aku tu. Dan aku terima juga bil streamyx atas nama aku jumlahnya RM361 + RM 99. Pemasangan tambah bulanan. Yang aku musykil ialah kenapa satu talian ada 2 bil yang berasingan. Dah la kena bayar bil aku, juga kena bayar bil mak mertua aku. bukan untuk bisnes SME, tapi untuk kegunaan sendiri.. pening-pening. Maka aku pun Telfon 100.

Dan baru terbongkar rahsia yang orang TM Mentakab tak bagitau aku.
Memang betul aku langgan streamyx Bisness broadband Soho 1 mb. tapi aku tak tahu akan ada 2 bil. Aku ingatkan boleh dapat streamyx Bisness edisi combo macam private punya. Bertambah pening. Lagipun aku bukan tinggal dekat rumah kedai kat bandar, dalam rancangan je. Bayangkan kamu kena bayar RM130 + RM 60 (selepas bulan ketujuh) setiap bulan dalam kawasan rancangan. macam aku kaya sangat. Makanya aku pun nak terminate sementara macam aku buat kat akaun ASTRO aku. Tapi tak boleh pulak. Maka aku pun nak terminate untuk selama-lamanya... tak boleh juga sebab ada kontrak 2 tahun wooo...

Nyesal aku...dalam hati aku... duit aku... Apa yang patut aku buat untuk kurangkan kos streamyx dan telfon ni. aku bukan peniaga aku cuma seorang cikgu pemula yang gajinya banyak tolak hutang... Officer TM... you should be alert...about your customer kepuasan...

Dah la streamyx aku tu lain macam. Bayangkanlah nak sign in email yahoo payah. Nak hantar e mail yahoo tak dapat. Nak booking airasia tak lepas. aku telfon 100, dia kata memang website USA ada gangguan.. tapi bila aku guna streamyx dekat sekolah lancar plak..siap boleh upload lagi. Sudahnya aku guna dail-up 1315, walaupun lambat, dapat juga masuk web yahoo mail, air asia, facebook dan sebagainya...yang kununnya dari USA. Masaelah betullah... jangan kata mail yahoo mail streamyx pun aku tak boleh nak send. Mula mula aku tak kisah dah 3 bulan baru rancak pengunaannya. baru aku sedar. takkan nak panggil TM krew datang sekali lagi, kena bayar rm50 wooo...

Apa pandangan TM Malaysia.. Ada beran...

Rasanya ramai lagi ada masalah cam aku ni gamoknye...

Masalah Bisnes Broadband di Kampung Saya

Kes 1
Pada tahun 2007, kira-kira pertengahan tahun, saya telah melanggan talian telefon di kuarters guru yang saya duduki di Jengka 2. Saya kira kegunaannya bolehlah mengurangkan kos untuk menghubungi isteri saya yang pada ketika itu berada di MPI, Bangi KPLI setahun, dan juga dapat menghubungi Keluarga saya yang berada nun jauh di seberang Laut China Selatan, Sabah sana. Juga boleh lah saya gunakan talian 1515 atau 1315 untuk melayari internet walau perlahan. Maka untuk mendapat talian 1515 tu saya pun daftarlah dengan TM dengan bayaran tambahan RM 10 sebulan. habis. ooo lupa nak bagitau.. Pada waktu itu juga saya cuba membuat permohonan streamyx...malangnya pada waktu itu box streamyx masih belum dipasang di kawasan itu kerana belum cukup bilangan pemohonnya. takpelah.
Pada awal tahun 2008, saya telah berpindah ke kuarters guru Bandar Jengka, lebih kurang 15 km dari Jengka 2. Maka saya pun memohon perpindahan talian. Angkut sume talian. Dan sekali lagi memohon talian streamyx. Mujur dekat bandar ada box. maka dapatla... Tau apa jadi seterusnya.?
Saya memohon pertukaran talian ke alamat baru.. Ya, tapi alamat bil masih di rumah lama.. tak ke pelik. Saya biarkanlah. Saya menukar akaun kepada streamyx combo tapi dalam bill masih ada charge RM 10 untuk talian internet 1515. Aneh. Saya memikir. TM nak saya isi berapa borang bagi semua proses itu yek.. Kata Penyedia jalur lebar tercanggih di Malaysia. Kununnya. Saya biarkan juga. Tak pe sedekah jelah, punya baik saya ni.
Saya terus guna streamyx hingga tahun 2009. Kenalah bayar 2 bayaran dalam 1 bil.
Pada pertengahan tahun 2009, saya berpindah lagi. Ke rumah mak mertua saya di Jengka 14. Lebih kurang 10 km dari Bandar Pusat Jengka. Maka saya terminate semua talian telefon dan streamyx. Mulanya saya tidak dibenarkan memotong talian streamyx kerana belum cukup setahun kontrak. Tapi memandangkan Talian telefon atas nama saya dah cukup matang selama 1 tahun maka TM terpaksa juga memotongnya. Habis cerita... EEEhhhh belum lagi rupanya... saya dah potong dah talian kenapa masih ada bil lagi. Borang potong dah isi dah.
Mulanya saya nak pindahkan talian streamyx ke rumah mak mertua saya tapi tak boleh sebab talian di situ atas nama kedai.. maka itu jadi kes kedua pulak. KIV cerita itu.
Mulanya bil tersebut masih negatif 3 5 ringgit saya tak ingat, malas nak buka bil lama. Kemudian dari sebulan ke sebulan makin menambah pulak. Saya terus biarkan. Bila saya check semula, rupa-rupanya bil saya menaik kerana saya harus bayar RM 10 sebulan atas langganan talian 1315.. Ape ke Jadahnye. Bayangkanlah... talian telefon telah dipotong. Akaun streamyx telah diberhentikan. Bil lama semua sudah jelas, siap TM ada hutang dekat aku lagi (sebab aku selalu bayar lebih melalui internet banking). Tiba-tiba ada bil yuran 1515 lagi, masih terus berjalan. Alamat bil masih di alamat lama tempat saya mula-mula mohon dulu... raja lawak tetoik betullah diorang ni... Lucunya. Memang lucu tapi bil sape nak bayar. Maka aku biarkan juga. Akhirnya setelah tertunggak sekian lama maka akan ada surat dari lawyer mana-mana suruh bayar tu karang... Ape ke hal... nak ngadu kat sape weh. Ni nak ngadu kat menteri komunikasi ker? dok pun cara baik masuk dalam blog suruh pengarah urusan dan orang atasan TM bincang dalam mesyuarat operasi.
Mungkin ramai lagi yang sama situasi dengan aku...
Masalah ini membuntuti aku sehingga sekarang ni.... masalah masalah...