Tuesday, February 9, 2010

Masalah Bisnes Broadband di Kampung Saya

Kes 1
Pada tahun 2007, kira-kira pertengahan tahun, saya telah melanggan talian telefon di kuarters guru yang saya duduki di Jengka 2. Saya kira kegunaannya bolehlah mengurangkan kos untuk menghubungi isteri saya yang pada ketika itu berada di MPI, Bangi KPLI setahun, dan juga dapat menghubungi Keluarga saya yang berada nun jauh di seberang Laut China Selatan, Sabah sana. Juga boleh lah saya gunakan talian 1515 atau 1315 untuk melayari internet walau perlahan. Maka untuk mendapat talian 1515 tu saya pun daftarlah dengan TM dengan bayaran tambahan RM 10 sebulan. habis. ooo lupa nak bagitau.. Pada waktu itu juga saya cuba membuat permohonan streamyx...malangnya pada waktu itu box streamyx masih belum dipasang di kawasan itu kerana belum cukup bilangan pemohonnya. takpelah.
Pada awal tahun 2008, saya telah berpindah ke kuarters guru Bandar Jengka, lebih kurang 15 km dari Jengka 2. Maka saya pun memohon perpindahan talian. Angkut sume talian. Dan sekali lagi memohon talian streamyx. Mujur dekat bandar ada box. maka dapatla... Tau apa jadi seterusnya.?
Saya memohon pertukaran talian ke alamat baru.. Ya, tapi alamat bil masih di rumah lama.. tak ke pelik. Saya biarkanlah. Saya menukar akaun kepada streamyx combo tapi dalam bill masih ada charge RM 10 untuk talian internet 1515. Aneh. Saya memikir. TM nak saya isi berapa borang bagi semua proses itu yek.. Kata Penyedia jalur lebar tercanggih di Malaysia. Kununnya. Saya biarkan juga. Tak pe sedekah jelah, punya baik saya ni.
Saya terus guna streamyx hingga tahun 2009. Kenalah bayar 2 bayaran dalam 1 bil.
Pada pertengahan tahun 2009, saya berpindah lagi. Ke rumah mak mertua saya di Jengka 14. Lebih kurang 10 km dari Bandar Pusat Jengka. Maka saya terminate semua talian telefon dan streamyx. Mulanya saya tidak dibenarkan memotong talian streamyx kerana belum cukup setahun kontrak. Tapi memandangkan Talian telefon atas nama saya dah cukup matang selama 1 tahun maka TM terpaksa juga memotongnya. Habis cerita... EEEhhhh belum lagi rupanya... saya dah potong dah talian kenapa masih ada bil lagi. Borang potong dah isi dah.
Mulanya saya nak pindahkan talian streamyx ke rumah mak mertua saya tapi tak boleh sebab talian di situ atas nama kedai.. maka itu jadi kes kedua pulak. KIV cerita itu.
Mulanya bil tersebut masih negatif 3 5 ringgit saya tak ingat, malas nak buka bil lama. Kemudian dari sebulan ke sebulan makin menambah pulak. Saya terus biarkan. Bila saya check semula, rupa-rupanya bil saya menaik kerana saya harus bayar RM 10 sebulan atas langganan talian 1315.. Ape ke Jadahnye. Bayangkanlah... talian telefon telah dipotong. Akaun streamyx telah diberhentikan. Bil lama semua sudah jelas, siap TM ada hutang dekat aku lagi (sebab aku selalu bayar lebih melalui internet banking). Tiba-tiba ada bil yuran 1515 lagi, masih terus berjalan. Alamat bil masih di alamat lama tempat saya mula-mula mohon dulu... raja lawak tetoik betullah diorang ni... Lucunya. Memang lucu tapi bil sape nak bayar. Maka aku biarkan juga. Akhirnya setelah tertunggak sekian lama maka akan ada surat dari lawyer mana-mana suruh bayar tu karang... Ape ke hal... nak ngadu kat sape weh. Ni nak ngadu kat menteri komunikasi ker? dok pun cara baik masuk dalam blog suruh pengarah urusan dan orang atasan TM bincang dalam mesyuarat operasi.
Mungkin ramai lagi yang sama situasi dengan aku...
Masalah ini membuntuti aku sehingga sekarang ni.... masalah masalah...

No comments:

Post a Comment