Monday, June 29, 2009

Cherpin bersiri.
Cherita Dari Lubang Kubor

Cherita ada-lah sa-buah kesah yang akan mem-buat-kan anda ta’ dapat tidor malam. Bukan sa-buah cherita seram atau cherita rhekaan sa-mata mata, the-tapi cherita yang akan mem-bangkit-kan ka-sadara-an anda.

Siri I
Salim. Seorang manusia yang asalnya merupakan pekebun paling rajin di kampungnya. Kampung Kubor Lama. Ayahnya, Salam, juga seorang petani. Bertani dengan tanah yang disewa dari Juragan Aming. Juragan yang menerima hutang penduduk kampung dengan gadaian tanah milik orang-orang Kg Kubor Lama. Ibu Salim, Mak Lela, Juga seorang petani. Membantu Pak Salam mengerjakan tanah milik Juragan. Salim pernah ada seorang adik perempuan, Salima namanya. Salima budak perempuan yang pelik. Dia boleh melihat makhluk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Tetapi malangnya, Salima telah meninggal dunia ketika usianya menjangkau lima belas tahun. Dan pesanan Salima yang terakhir ialah, dia akan bangkit kembali apabila salah seorang daripada ahli keluarganya yang tiga itu akan meninggalkan dunia fana ini. Itulah pesannya.
Salim tidak pernah mempercayai kata-kata akhir arwah adiknya itu. Begitu juga ibu bapa serta orang-orang kampung Kubor Lama itu. Walaupun rata-rata penduduk kampung tersebut, termasuk Salim, hanya belajar setakat darjah enam sahaja tetapi mereka tidak pula boleh menerima kata-kata sebodoh itu. Hanya Salina, kakak kepada ibu Salim yang mempercayainya. Itu pun kerana Salina merupakan orang kurang akal yang tersohor di kampung mereka.
Pada suatu petang. Jam lebih kurang 5.30 petang. Sedang Salim membuat batas di kebun sayurnya yang terletak lebih kurang lima belas minit perjalanan dari rumahnya. Salim, dengan keadaan tak berbajunya, berpeluh sambil memegang cangkul. Merobek kasar tanah temanah yang berada ditapak kakinya. Tak tahu kenapa hatinya berdegup kencang. Jiwanya resah sejak subuh tadi. Sedang dia menyangkul dengan penuh ketekunan, terdengar suara dari dalam tanah. “Abang.. gali aku dari dalam. Aku adikmu Salima..Abang”. Salim menggali sebuah lubang didepannya dengan pantas, bukan kerana suara itu tetapi kerana nalurinya mengatakan ada sesuatu di dalam sana. Yang amat menarik nalurinya.

Apakah yang akan di temui oleh Salim. Nantikan sambungannya….

Siri II
Salim. Terjaga dari tidurnya. Tidurnya agak lena tetapi rasa sakit pada tangannya masih terasa. Kepalanya pun terasa sakit. Dia memicit-micit tengkuknya yang kelenguhan itu. Dia memandang ke kiri dan kanan. Baru tersedar. Dia berada dalam sebuah ruang yang asing baginya. Dalam sebuah kamar yang tidak berapa terurus. Sebuah rumah yang agak berlainan baunya. Kerana terasa sangsi dengan keanehan itu, dia bingkas berdiri. Betisnya pula terasa sakit sedikit. Sepertinya baru lepas kekejangan ototnya. Dia menuju kearah tingkap. Tingkap jenis lama, berpagar dan daun tingkapnya setinggi budak remaja berdiri. Dia memandang keluar jendela. Memandang ke tanah. Kelihatan beberapa ekor ayam bersama keluarganya sedang berjalan bersantai mencari rezeki. Di toleh ke kanan, kelihatan belukar yang amat semak mata memandang. Di toleh ke kanan, terdapat amapaian kain selang dua langkah dari tempatnya berdiri. Dia memandang ke depannya..Tepat. Dia terkesima. Terkejut. Perasaan serta hatinya berdebar-debar. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Dan… Dia jatuh terjelepuk di lantai di tepi tingkap itu. Tidak sedarkan diri.

Apakah yang telah dipandang oleh Salim sehinggakan dia jatuh pengsan? Nantikan Sambungannya…

Siri III
“Lim.. Salim.. Salim..” Satu suara dari jauh memanggilnya. Dan suara itu semakin mendekat ke cuping telinganya. “Bangun nak… Salim.. Lim.. Bangun”. Suara itu amat dikenalinya. “Kenapa tidur di sini? Kenapa tak balik? Lim.. Kamu sakit ke?..”
Salim. Dalam keadaan meniarap. Bingkas bangun. Lalu memandang orang yang memanggil namanya. Kelihatan Pak Salam sedang memegang bahunya. “Lim.. terjatuh tadi. Tak sedar apa jadi. Tapi..” Salim terasa sesuatu yang luar biasa berada digengaman telapak tangannya. Dia cuba memandang. Memang benar. Ada.. “Lim.. Kenapa? Tetapi apa?” Tanya ayahnya. “Tak apa-apa” Pantas dia menjawab. “Marilah kita balik. Hari dah senja ni. Kejap lagi masuk waktu maghrib. Tak elok pulak kan.”. Ayahnya memimpin kebangkitan Salim. Salim, mengambil peralatan kebunnya serta bekal minumannya. Dengan pantas pula dia memasukkan gengaman tangannya yang belum terlerai itu di dalam saku seluarnya. Lalu mereka berdua beranak pun berjalan pulang menuju rumahnya melalui denai di depan mereka.
* * *

No comments:

Post a Comment